Kemewahan Duniawi
( Syaikh 'Abd Al-Qadir Al-Jailani )
'Abd Al-Qadir tidak menyeru supaya ditinggalkan kehidupan duniawi, atau melepaskan harta bendanya. Apa yang ditekankan beliau ialah bahawa mata benda duniawi hanya diambil sekadar keperluan dan bahawa seseorang tidak patut menjadi hamba kepada hawa nafsunya atau menaruh cinta kepada harta benda. Sambil menghuraikan maksud hadith yang berbunyi,
Sesungguhnya dunia diciptakan bagi kamu dan sesungguhnya kamu diciptakan bagi Akhirat.
Beliau berkata:
" Jangan cuba mendapatkan bahagian dunia kamu dengan cara kamu mengemis di hadapannya. Kamu hendaklah seperti raja yang duduk bersemayam sementara hadiah-hadiah dikirimkan kepada kamu. Dunia ini menyanjung mereka yang menanti pada pintu Allah Ta'ala, tetapi menghina mereka yang menanti di hadapannya. Oleh itu ambillah daripada nikmat duniawi ini dengan tanpa menghina diri atau merosakkan maruah kamu, dan inilah yang Allah kehendaki daripada kamu."
Dalam syarahan yang lain beliau berkata:
" Memang dibenarkan mencapai dunia dan nikmatnya, sekalipun mengumpulnya untuk tujuan yang murni, tetapi tidak kamu dibenarkan jatuh hati kepadanya. Kamu boleh biarkan dunia berdiri pada pintu hati kamu, tetapi kamu dilarang membenarkan dunia masuk ke dalam pintu itu, kerana dunia tidak akan membawa penghormatan bagi kamu."
.....................................
Sumber rujukan:
PENDUKUNG PANJI-PANJI ISLAM SEPANJANG ZAMAN ( jld 1 )
Bahasa Urdu ( asal ) : Tarikh i Da'wat o 'Azeemat / 1955.
| Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi |
Bab 8 Syaikh 'Abd Al-Qadir Al-Jilani
-Kemewahan Duniawi.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*