Gambar Selepas Mati
Dahulu aku bangga memaparkan wajahku di laman sosial
Mendapat likes ratus ratus itu perkara biasa
Jadi aku mahu lagi banyak likes
"Aku makin tamak!"
Makin hari makin banyak likes & komen aku terima
Makin aku riang updates gambar
"Aku suka!"
Tiba tiba entah bagaimana baru saja aku daftarkan diri di akaun askfm buat aku sedar satu perkara
Aku ternampak satu status ini
"Aku taknak nanti gambar aku masih lagi menjadi tatapan si ajnabi, manusia yg langsung aku tidak kenal. Bagaimana keadaan aku nanti bila sudah kembali ke tempat asal? Walaupun aku tutup aurat, tapi itu bukan jaminan untuk aku bebas updates gambar. Bila aku mati, mungkin ada segelintir sahabat aku akan post gambar aku dan beri tahu.. bahawa Si Fulanah binti Fulan baru sahaja kembali ke rahmatullah. Mohon sedekahkan Al-Fatehah.
Tapi, aku takut bukan doa yg mereka sedekahkan padaku, tapi dengan komen berbunyi
"Arwah cantik orangnya. Tak sempat aku nak pinang."
"Arwah nih baya aku rupanya."
Aku risau keadaan aku nanti lepas ajal menjemput. Aku taknak begitu"
*Prakkk!!*
Hati aku sakit
Degupan jantung kencang berdegup
"It's hurt"
Aku ngaku memang terasa dengan penulisan budak itu
Aku tersentap sebab aku juga banyak jual wajahku di paparan laman sosial
*pandang syiling putih rumah & tarik nafas panjang lalu lepas dengan keluhan panjang*
Ya Allah
Kenapa aku langsung tak sedar nih
Selama nih aku telah makan hasutan syaiton durjana
Semua yg tidak elok aku terus saja ikut
"Kalau aku mati kejap lagi, bagaimana keadaan aku nanti? Gambar aku banyak kowt! Aku taknak nanti aku dah mati, gambar aku masih lagi jadi tatapan si mata ajnabi. Mereka bukan doakan aku. Tapi, habis setiap anggota tubuh aku diselidik rapi."
"Manusia. Mereka bukan ambil pusing kalau si pemilik gambar Itu sudah mati atau apa. Asalkan dapat puaskan nafsu mereka."
*Log in facebook + Askfm + instagram + semua akaun lain yg aku daftar*
Setiap gambar yg aku updates, terus saja aku delete. Kebanyakkan gambar mendapat likes hampir 2k setiap satu gambar.
"Arghhh, aku tidak peduli dengan likes nya. Ini bukan bantu untuk akhirat aku nanti. Delete woii delete"
Alhamdulillah selesai semua gambar
Sekarang aku cuma guna gambar Al-Quran sahaja sebagai 'Profile Picture' aku. Background aku letak ayat motivasi versi Islamik siap dengan ayat selawat khas buat Rasulullah Saw.
"Bukankah kalau pandang Al-Quran pun dapat pahala? Kalau orang baca ayat di background aku, nanti aku dapat pahala juga. Alhamdulillah Heheh aku nak kejar pahala semula gaiss. Sudah banyak dosa aku pikul selama nih."
*Prakkk*
Adeyhhh
Bagaimana dengan gambar yg sahabat aku tag aku?
Banyak kowt
*tepuk dahi*
"Arghh, aku kena dm dia juga. Sekarang!"
* Selepas 1jam 15 minit *
"Huishh, penat nya. Nasib baik semua kawan yg tag aku tuh perempuan. Mudah sikit urusan aku. Aku suruh kawan terus delete saja gambar tuh, atau buatkan sebagai privasi dia. Hurmm."
"Senang cerita, aku terus saja deactivate akaun Facebook. Dan akaun Twitter aku daftar yg baru. Dan askfm aku kekal macam biasa sebab baru saja buka akaun 2 hari yg lalu. Yess sekarang aku nak gunakan sebagai cara sebarkan dakwah."
"Tajdid niat. Sebarkan kebenaran. Boikot segala hadis palsu dan lakukan kebaikkan untuk ummah. Aku nak kehidupan yg baik walaupun selepas aku mati"
..............................................
Sumber :
HENSHIN + TAJDID NIAT
10/02/2016 | 09'16H
The Hijrah Sisters