Perumpamaan ahli Hidayah
Orang yang berada dia atas petunjuk Ilahi, perjalanan hidupnya diibaratkan seperti orang yang berjalan tegak yakni tidak jatuh dan rebah. Sementara jalan yang dilaluinya pula adalah jalan yang rata dan lurus, tidak bersimpang siur, tidak berlapok, licin, becak dan sebagainya.Tentulah orang yang sebegini halnya dapat berjalan tanpa jatuh dan sampai ke destinasinya dengan mudah.
Begitulah halnya jalan dilalui oleh orang yang beriman. Di hadapan mereka telah tersedia manhaj yang jelas. Mereka dibekalkan dengan petunjuk Ilahi melalui ajaran yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ . Dengan petunjuk itu mereka tidak rebah dalam perjalanannya, dan perjalanannya pula membawanya ke mercu kejayaan dan kebahagiaan yang abadi di akhirat kelak.
Semoga kita juga tergolong didalam kalangan mereka yang mendapat Hidayah-Nya...
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*