Himpunan Hadis Riwayat Muslim
Pakaian seperti telanjang " wanita "
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat sesuatu kaum bersama mereka;
1.Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang (tanpa hak)
2.Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (pakaiannya ketat atau jarang), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu (menggoda), kepala mereka bagaikan bonggol unta (kerana terdapat sanggul rambut yang menonjol tinggi). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari begini dan begini."
( HR Muslim )
............................................
Dunia adalah penjara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."
( HR Muslim)
............................................
6 hak orang muslim
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada 6 perkara." Lalu baginda ditanya; "Apakah 6 hak itu ya Rasulullah?" Jawab baginda:
"(1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya ke kubur."
( HR Muslim )
............................................
Hakim tidak boleh memutuskan tindakan
"Tatkala Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam mendengar ada seorang hakim memutuskan perkara dalam keadaan marah. Maka dengan wajah yang merah, Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda "Seseorang hakim tidak boleh memutuskan perkara antara dua orang, ketika sedang marah"
(HR Muslim )
............................................
Memendekkan solat
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa;
"Aku tidak pernah solat di belakang seorang imam yang solatnya lebih ringan dan lebih sempurna daripada Rasulullah. Baginda memendekkan solat apabila baginda mendengar tangisan seorang bayi, kerana takut ibu lepada kanak-kanak tersebut susah hati"
(Sahih Muslim;5176)
............................................
Pemimpin
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدَلَ كَانَ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرٌ وَإِنْ يَأْمُرْ بِغَيْرِهِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْهُ
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Seorang pemimpin (umat Islam) itu ibarat perisai, umat Islam berperang di belakangnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)nya. Jika pemimpin memerintahkan supaya bertakwa kepada Allah 'azza wajalla dan berlaku adil, maka dia akan mendapat pahala, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka ia akan mendapat siksa"
( HR Muslim )
............................................
Penduduk Syurga
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ فَيَقُولُونَ لَبَّيْكَ رَبَّنَا وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ فَيَقُولُ هَلْ رَضِيتُمْ فَيَقُولُونَ وَمَا لَنَا لَا نَرْضَى يَا رَبِّ وَقَدْ أَعْطَيْتَنَا مَا لَمْ تُعْطِ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ فَيَقُولُ أَلَا أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُونَ يَا رَبِّ وَأَيُّ شَيْءٍ أَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ فَيَقُولُ أُحِلُّ عَلَيْكُمْ رِضْوَانِي فَلَا أَسْخَطُ عَلَيْكُمْ بَعْدَهُ أَبَدًا
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman kepada penduduk syurga: "Wahai penduduk syurga". Mereka menjawab: "Baik Rabb kami dan kebaikan ada disisiMu."
Allah bertanya: "Adakah kalian redha?" Mereka menjawab: "Kenapa kami tidak redha wahai Rabb, Engkau telah memberi kami sesuatu yang tidak Kau berikan pada seorangpun dari makhlukMu."
Allah berfirman: "Maukan kalian Aku beri yang lebih baik darinya?" mereka bertanya: "Wahai Rabb, apakah yang lebih darinya?"
Allah s.w.t berfirman: "Aku halalkan keredhaanKu untuk kalian, Aku tidak akan murka pada kalian setelah itu selamanya"
( HR Muslim )