Seruan Nabawi oleh Al Alamah Habib Umar
Agama kita adalah :Agama Nabi Muhammad, Agama Nabi Ibrahim, Agama Nabi Nuh, Agama Nabi Syith, Agama Nabi Adam
Mazhab kita adalah Mazhab yang 4
Dan majoriti kita mengikut As-syafi'e
Mazhab akidah kita asy'ari Dan al maturidi
Ilmu ihsan kita sepertimana ajarannya Nabi Muhammad yang disusun oleh Ali bin Husein, Uwais al qarni. Kita mengikut kepada Harith al muhasibi , Abu Tolib al makki, Imam al ghazali , Junaid al baghdadi.
Diizinkan majlis ini, atas keberkatan yang diberikan Allah.
Nabi Muhammad itu di pilih Allah. Dan dari Nabi Muhammad kita menjadi sebaik baik umat.
Majlis ini akan menampakkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Ini menjadi hujah kepada yang benar dan akan semakin terserlah kebenaran.
Orang yang lalai akan rugi kelak.
Hiasi diri dengan hakikat keimanan Dan jauhi sifat kesesatan. Orang yang tercela itu orang yang rela mendengar tuntutan nafsu. Taghut itu membawa kamu kepada golongan tertentu.
Kufurlah kamu kepada Taghut Dan berimanlah kepada Allah maka sungguh ia berpegang kepada tali yang kukuh dan takkan putus.
Mereka yang Kufur kepada Taghut itu
- Menjaga mata
- Tidak membuka kepada laman2 website yang diharamkan Allah
- Setelah bersurai Dari majlis ini, akan pulang ke rumah Dan membersihkannya Dari perkara yang dibenci Allah.
Mereka yang mengagungkan Allah pasti akan membuahkan rasa ta'zim kepada para rasul Dan Nabi
kepada para sahabat khususnya ahlil bait Dan umumnya kepada kaum muslimin.
Ajakan agama adalah kepada Islam , iman Dan Ihsan.
Jaga hati dari hasad dengki Dan benci kepada orang yang beriman.
Seperti mana doa Nabi Ibrahim.
"Di hari yang harta Dan anak pinak tak mampu memberi manfaat. Kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera "
Wahai mereka yang merendahkan agama.
Kami tak perlukan orang yang merendahkan agama Dan ajaran Nabi
- Tinggalkanlah kami
- Biarkan kami ungkapkan rasa cinta kami kepada baginda
- Jika tidak, tunjuk kan kepada lamo bagaimana cintamu
Ketika Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, beliau hanya naik ke mimbar hanya sehingga tangga yang kedua. Ini menta'zimkan Nabi walau kepada benda bukan hidup. Ta'zimnya itu, sebelum Dan selepas kewafatan baginda.
Adakah berat kamu merasa memuji Nabi Muhammad?
Bila Ada majlis yang meningkatkan cinta kepada Nabi maka pergilah
Bila Ada majlis mengecilkan rasa cintamu maka Tinggalkanlah
Kita semua tak perlukan ajakan yang merendahkan Nabi
- Tunjukkan kami cara untuk agung kan Nabi, kami ambil
- Kalau tiada, tinggalkan kami
Bukankah mereka yg menginfakkan harta sebelum Dan selepas fathul mekah itu dijanjikan syurga?
Apakah kalian mengadakan ajaran yang menjauhkan kita dari ahli syurga?
Didalam Quran juga Allah menyuruh kita untuk cinta kepada kerabat Nabi.
Didalam Sahih Bukhari Dan Muslim juga menyatakan selawat ke atas Nabi Muhammad,Nabi Ibrahim, Ahli keluarga baginda Dan isteri baginda.
Adakah bila mengagungkan Nabi Dan sahabat Akan jadi rafi'e , syi'i atau nasibi? Maka siapa sebenarnya yang Dari golongan yang dinyatakan itu?
Sesungguhnya masa Dan umur itu singkat
- Tinggalkanlah kami.
- Buatlah apa yang kamu nak buat.
- Jangan lengahkan solat anak2 kami.
- Biarkan kami yang berfahaman ahli sunnah wal jama'ah.
Sebagaimana kami hormat Dan berhati hati untuk tidak mencela Dan mengkufurkan kalian. Kami ikut kepada Saidina Ali yang apabila ditanya tentang golongan ini. "Mereka itu bukan kafir kerana dalam hati mereka Ada iman. Mereka juga bukan munafik kerana mereka banyak berzikir. Mereka adalah saudara kami yang menentang kami "
Kami tak cerca kamu kerana kami hormat syariat Nabi.
- Kalau tak suka, tak perlu ikut.
- Buat sahaja yang fardu.
- Jangan pula kamu cerca kami.
Bagi orang yang berniaga Dan berpolitik.
- Bermuamalatlah dengan cara yang Dibenarkan agama
- Jika ia tidak dibenarkan agama maka Tinggalkanlah
Letak dihadapan kita fatwa Nabi
"Mencaci orang Muslim itu kefasikan. Memerangi orang Muslim itu kekufuran"
Orang yang bankrup di hari kiamat itu adalah yang
- Datang dengan amal sebesar gunung
- Tapi pernah zalimi orang, jadi diambil kebaikan nya
- Bila habis kebaikan lalu ditambah pula kejahatan.
- Sehingga tempat terakhirnya di neraka.
Hendaklah yang datang sampaikan mesej ini . Kemudian lindungilah keluarga Dan anakmu.
La ila ha illah 3x
..................................................
Sumber:
Tausiah
Al Alamah Habib Umar Bin Salim Bin Hafiz
Mutarjim
Habib Jindan bin Novel
Habib Ali Zainal Abidin
Jakel Mall. 11/3/2016