" Wahai nafsu adakah ini jalan betul bahawa apabila seorang Yahudi memberitahu kamu bahawa sesuatu benda membahayakan kesihatan kamu, kamu menahan keinginanmu dan meninggalkan benda tersebut;
- Tetapi kamu tidak menghiraukan sama sekali perintah wahyu dan ajaran Anbiya' yang kebenarannya dibuktikan melalui mu'jizat?
- Tidakkah menghiraukan bahawa kamu lebih menghargai pendapat seorang tabib Yahudi walaupun dia mungkin tersalah disebabkan ilmunya yang terbatas? Kamu tentu mencampakkan baju kamu tanpa berlengah-lengah lagi apabila seorang kanak-kanak memberitahu kamu bahawa seekor kala telah memasuki bajumu.
- Adakah amaran para Anbiya' , ulama' , auliya' dan pendidik mengenai Akhirat,Neraka, dan azabnya dengan kala,duri dan ularnya, kurang dapat dipercayai daripada khabaran seorang kanak-kanak?
- Adakah azab Neraka kurang sakit daripada patukan seekor kala dunia? Ini tentu bukan cara yang berhati-hati. Sekiranya haiwan mengetahui kebodohanmu nescaya mereka akan ketawakan kamu.
" Wahai nafsu, kamu tahu apa yang akan berlaku sesudah mati, dan kamu beriman dengan Akhirat, tetapi kamu tidak beramal baik dan kamu mengabaikan Akhirat. Maut hanya menunggu masa untuk menerkammu tanpa apa-apa amaran. Walaupun umur seratus tahun diberikan, nescaya matlamat tidak akan tercapai kalau asyik berendam di bawah sinaran matahari. Apakah pandanganmu mengenai seseorang yang pergi menuntut ilmu tetapi menangguhkan pengajiannya sehingga beberapa bulan yang terakhir ? Tentu kamu akan tertawakan orang tersebut sebagaiamana kamu akan tertawakan orang yang ingin menjadi ahli hukum tanpa mempelajari Fiqh.
* Kalau kamu fikir bahawa usaha yang dibuat pada akhir hayat lebih berhasil, maka bagaimana kamu tahu bahawa itu bukan hari terakhirmu di dunia ?
* Mengapa kamu tidak berusaha sekarang juga ?
* Apakah Allah telah memberitahu kamu bahawa Dia telah memberikan masa lebih bagi kamu untuk menyelamatkan dirimu ?
* Kalaua tidak apakah yang membuat kamu berlengah-lengah ?
* Tidak ada sebab kecuali bahawa kamu payah membendung keinginan nafsu kamu,maka adakah kamu menunggu hari bila setiap orang akan dimudahkan untuk mengatasi nafsunya?
Sesungguhnya hari tersebut tidak akan mengunjung tiba kerana Allah tidak lansung menciptakannya. Syurga yang dikelilingi dengan perkara yang dibenci nafsu tidak akan digemari oleh jiwa yang menangguhkan kerja hari ini hingga hari esok.
Tahukah kamu berapa hari esok telah berlalu? Tidak lebih sukar mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan hari ini?
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*