Diri dan badan kita juga memiliki hak yang harus kita penuhi
Diri dan badan kita juga memiliki hak yang harus kita penuhi dan pemenuhan hak-hak tersebut merupakan akhlak dan adab kita. Ini kerana diri dan badan kita merupakan amanah dari Allah SWT yang harus kita rawat, jaga dan suburkan. Banyak sekali akhlak dan abad kepada diri sendiri, di antaranya ialah:
- Bertaubat meninggalkan seluruh dosa dan maksiat,menyesal terhadap dosa-dosa yang telah lalu dan berkemahuan untuk tidak mengulanginya kembali.
- Muraqabah,iaitu sedarnya seorang muslim bahawa ia selalu diawasi oleh Allah dalam setiap waktu dan keadaannya, sehingga ia yakin betul bahawa Allah selalu bersamanya dengan ilmu-Nya. Dia yakin bahawa Allah mengetahui setiap keadaan dan perbuatannya,sehingga ia akan semakin berhati-hati berbuat sesuatu dan semakin dekat dengan-Nya.
- Muhasabah, iaitu meneliti, memikirkan, menghitung seluruh amalan-amalan yang penah kita lakukan dan kita berwaspada agar amalan-amalan itu tidak tertolak dan tidak ada nilainya di sisi Allah SWT. Begitu juga kita meneliti dan menghitung diri terhadap dosa yang pernah kita perbuat, boleh jadi dosa kita sepenuh air di lautan dan selalu bertambah, atau Allah menolak taubat kita. Maka seluruhnya perlu kita waspadai.
- Mujahadatun Nafs, iaitu sedarnya seorang muslim bahawa musuh terbesarnya yang selalu menyuruh kepada kejahatan dan kemaksiatan adalah hawa nafsunya. Merupakan suatu kehausan bagi seorang muslim untuk memerangi, menepis dan membuang hawa nafsu buruknya dalam setiap kesempatan.
- Mengharap kepada Allah sahaja dari segi pahala dan balasan baiknya. Juga berasa cemas dan takut terhadap Azab dan siksanya serta khusyuk iaitu merendahkan diri dan tunduk kepada Allah sahaja.
- Bertawakal sepenuhnya kepada Allah iaitu dengan menyandarkan hati sepenuhnya kepada Allah sahaja tanpa meninggalkan ikhtiar.
- Meningkatkan kualiti ilmu, agar iman dan amal berdasarkan ilmu yang benar, sehingga ketiga-tiganya dapat membawa kita menuju kemenangan abadi ( syurga Allah ).
- Menjaga kebersihkan, kesihatan badan, memberikan hak-haknya dan sebagainya untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti peribadahan kepada Allah.
Hargailah Diri Sendiri....
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*