Renungkanlah wahai IBUBAPA sekalian
"Anak saya ni degil, takmau dengar cakap, belajar pun malas, suka melawan cakap mak ayah, macam-macam lagi la. Kadangkala pening kepala dibuatkannya."
Sebahagian persoalan yang sering diajukan oleh ibubapa terhadap kelakuan anak-anak.
Jom kita renungkan bersama
- Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan Rasul-NYA?
- Seakrab manakah anak-anak dengan Al-Quran?
- Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?
- Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?
- Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?
- Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?
- Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?
- Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?
- Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?
- Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan ayah&mak, papa & mama, abi & umi, walid &umi, macam ni tau,bila masa nak masuk syurga nanti tau."
Jika sayangkan anak-anak perkenalkan kepada anak-anak siapa Tuhan mereka, siapa Nabi mereka, apa yang perlu mereka ikut dan apa yang perlu mereka tinggalkan. Kerana ibubapa adalah guru, madrasah pertama dalam kehidupan anak-anak. Berilah kasih sayang dengan cara yang betul, kerana mereka juga asbab ibubapa masuk ke dalam syurga Allah mahunpun ke dalam neraka Allah SWT.
INGAT SABDA NABI KITA!!
Nabi Muhammad SAW telah bersabda di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ
"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik."
(Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)
Selamat Beramal.....
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*