Lidah adalah Pengukur Darjat Seseorang
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا ﴿٧٠﴾
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)
( Al-Ahzab : 70 )
Rasulullah ﷺ bersabda: " Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan yang baik atau diam."
( HR Bukhari dan Muslim )
Dalam sebuah kitab mengisyaratkan tentang darjat orang dilihat daripada kata-katanya:
1. Pertama,orang yang berkualiti. Orang seperti ini,jika dia berbicara sarat dengan hikmah,solusi,idea,gagasan,ilmu atau zikir. Jika diajak berbica apapun,hujungnya selalu bermanfaat.
2. Kedua,orang yang biasa-biasa. Dia sibuk menceritakan peristiwa,hampir segala peristiwa dikomentarnya. Tidak terlarang menceritakan peristiwa ,tapi renungkan apakah ada manfaatnya atau tidak.
3. Ketiga,orang yang rendah darjat. Orang yang selalu mengeluh,mencela atau menghina.
4. Keempat,orang yang bodoh. Dia sibuk menyebut-nyebut amal,jasa dan kebaikannya. Orang seperti ini ibarat gelas kosong.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*