Orang-orang Soleh takut terhadap titian ( Sirat )
Ibnu Katsir dalam Tafsir Ibnu Katsir menyebutkan bahwa Abu Maysarah ra ketika berbaring di tempat tidur, beliau berkata, " Andai saja ibuku tidak melahirkan aku." Kemudian beliau menangis. Ditanyakan kepadanya, " Apa yang membuat dirimu menangis, wahai Abu Maysarah?" Jawabnya," Allah memberitahu bahawa kita akan meniti sirat, tetapi tidak mengatakan kita pasti berjaya melaluinya."
Al-Hasan menceritakan bahawa seorang lelaki bertanya kepada saudaranya,
" Apakah engkau tahu bahawa engkau akan meniti sirat di atas neraka?" Jawab saudaranya, " Ya aku tahu."
Si lelaki bertanya lagi," Apa engkau tahu bahawa engkau akan berjaya melalui sirat sampai ke hujungnya?" Jawab saudaranya," Tidak!"
Si lelaki berkata, Lalu mengapa engkau ketawa?" Setelah perbualan itu, dia tidak pernah dilihat ketawa,sampai wafat.
Imam al-Qurthubi menggambarkan situasi menakutkan dan pemandangan yang mengerikan ini dengan mengatakan, " Sekarang renungkan ketakutan jenis apa yang akan menimpamu bila engkau melihat betapa nipisnya sirat. Ketika pandanganmu terpaku melihat hitamnya Jahannam. Kemudian engkau mendengar gejolak neraka yang sedang marah. Sedangkan engkau diperintahkan untuk berjalan di atas sirat dalam keadaanmu yang lemah, hatimu bergoncang, kakimu bergetar dan bebanan berat di belakangmu membuatmu sukar untuk berjalan, lebih-lebih lagi untuk meniti di atas sirat.
Bagaimana jika engkau letakkan salah satu kakimu di atas sirat lalu engkau rasakan tajamnya titian itu dan engkau terpaksa mengangkat kakimu yang satu lagi? Sementara di hadapanmu ramai orang tergelincir dan malaikat Zabaniyah memegang besi cangkuk dan anjing-anjing. Engkau lihat bagaimana mereka terbalik, kepala mengarah ke neraka dan kaki di atas. Betapa mengerikan pemandangan ini!"
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*