Pasport untuk menikmati Syurga Allah S.W.T
Pasport yang aku maksudkan adalah "SOLAT".Ingatlah solat adalah syarat asas untuk membolehkan amalan lain diterima Allah S.W.T. Tanpa solat yang sempurna, adalah mustahil untuk kita membolos reda dan pintu Syurga-Nya.
Rasulullah ﷺ bersabda, " Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja,maka dia kufur secara terang-terang."
Kekufuran di sini menjadi khifal dikalangan alim ulamak. Sebahagian besar menyatakan bahawa kufur di sini bermaksud ' kufur nikmat'. Sebahagian mengatakan bahawa ia adalah dosa besar dan boleh membawa kepada murtad jika orang yang meninggalkan solat itu mengatakan bahawa solat tidak wajid baginya. Jika seseorang itu meninggalkan solat kerana malas, maka ia masih lagi dianggap Islam tetapi berdosa besar.
Apa yang membimbangkan, orang yang mencuaikan solat ini mati dalam keadaan 'Su'ul khatimah' iaitu kematian yang buruk. Rohnya tidak akan diberikan kasih sayang dan tidak mendapat rahmat Allah S.W.T di akhirat kelak.
Mudah-mudah KITA TIDAK tergolong dalam kalangan mereka yang lalai dan meninggalkan solat. Sentiasa berdoa,memohon diri ini diberi hidayah dan punyai kekuatan,sihat tubuh badan untuk terus ' istiqomah' beribadah kepada-Nya.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*