Disebalik Tangisan
Dengan lafaz
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
………Syukurku ke hadrat Allah S.W.T..dan selawat serta salamku kepada Nabi yangku cintai,Muhammad bin Abdullah.
Di pertengahan usia, bagi umat-Mu Ya Rasulullah s.a.w.,tiada penah ku rasa puas dengan apa yang ku kerjakan selama ini.Hidup penuh dengan kelalaian ke atas diri sendiri.Penyeksaan yang seringkali ku lakukan terhadap Rohaniku sendiri.
Seringkali mengejar sesuatu yang belum pasti keindahannya,tiada lagi senyum tawa di rauk wajah.Langkah menjadi kaku,hinggakan hilang arah tujuan.
Masa dan keadaan seringkali membuatkan aku mudah tersasar mencari kebenaran.Ku susun langkah dengan satu tujuan,namun ianya sekadar separuh jalan.Tiada iringan tangan,juga kata semangat,untuk aku teruskan perjuangan.Bangun ku mencari,dimanakah,kemanakah,bagaimanakah semua ini bermain-main difikiran.Tangisan tiada air mata,penatnya tiada berpeluh,kata-kata tiada bersuara.
Bila mana aku terjaga dari kegelapan,aku mula sedar bahawa sesungguhnya Allah Maha Penyayang.Bersyukur ku kepada-MU Ya Allah,dengan hidayat dan rahmat-Mu..Aku mula kenal,siapa aku,dimana aku,apakah yang perlu aku tunaikan.Engkaulah tempat terbaik untuk ku mengadu dan meminta pertolongan.Engkaulah pencipta dan pentadbir langit dan bumi.Engkaulah yang Maha Berkuasa,Engkaulah yang Maha Mengetahui.Dan aku juga bersaksi Muhammad bin Abdullah itu persuruh-Mu,Rasul-MU…Ya Allah.
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*