Bab 2 : Kisah Aku dan Rotan
Semasa aku kecil, ayah aku seorang yang sangat tegas dalam soal berkaitan agama, juga dalam hal-hal akhlak. Pada usia 5,6 tahun aku sudah kenal apa itu rotan dan bagaimana rasa sakitnya. Ayahlah yang mengajar dan mengenalkan pada aku apa itu al-Quran, bagaimana untuk menyebut dan membacanya. Adakalanya aku jadi takut untuk belajar kerana fikirkan sakit bila di rotan. Air mata sebagai teman, hinggakan sebutan tanpa suara. Berlinang air mata sambil membaca. Ada ketikanya ayah sekadar memukul di lantai,'tanda amarah' itu juga membuatkan hati berdebar-debar. Aku faham jika sekali lagi aku masih silap atau tak mampu menyebut pasti rotan tu akan sampai kat tubuh badan ni. Kata ayah ( loghat kedah ) "kalau tak mau kena rotan p mengaji ngan mak". Tapi aku tetap belajar dengan ayah. Masa ni aku bertemankan seorang abang, adik-adik aku masih kecil dan kakak semuanya dah remaja dan dewasa. Abang la peneman aku, abang aku seorang yang pandai membaca. Dia lebih lancar dalam sebutan dan lebih cepat menerima tunjuk ajar daripada ayah. Aku bangga dengan abang, dia abang yang terbaik bagi aku.
Bila mana aku mula bersekolah tahun 2, adakalanya aku terpaksa memakai pakaian lama sekolah abang, pakaian yang lepas-lepas. Kata mak " baju elok lagi buat apa nak beli lain " aku dan abang ke sekolah menaiki basikal. Aku mula diberi basikal ketika usia 8 tahun itu pun basikal yang telah digunakan oleh abang kerana ayah telah memberi basikal BMX baru pada abang. Aku tak pernah iri hati, bagi aku apa yang ada itulah yang terbaik. Aku sedar, aku bukan anak orang senang tapi aku bersyukur kerana punyai ayah dan mak yang sentiasa berusaha mencukupkan keperluan diri aku.
Dalam mempelajari al-Quran, di sebelah petang selepas waktu sekolah kebangsaan, aku dan abang sama-sama belajar tajwid di masjid. Disini juga aku dan abang tak terlepas diri dari dirotan kerna ustaz dan ustazah menggunakan rotan dalam cara mengajar. Dan pada setiap waktu malam pula selepas solat maghrib kami tetap belajar dengan ayah masih berhadapan dengan rotan. Namun ayah bukanlah seorang yang suka merotan anak-anak, dia akan merotan selepas apa yang diberitahu tidak di ambil tahu oleh anak-anak. Kalau ada kesilapan lain yang di lakukan oleh aku dan abang, abang la orang pertama yang di rotan dan baru dituruti pada aku.
Hari ini aku sedar berapa besarnya erti bila diri ini di rotan kerana tindakkan ayah merotan itu yang mengajar aku tentang kehidupan hari ini dalam mendidik diri, mengenal betapa pentingnya ilmu agama dan akhlak bagi mengharungi liku-liku kehidupan. Dengan sebab itu juga aku tahu menilai betapa perlunya diri menghormati dan mentaati guru. Jika dulu aku sedar sakit di rotan itu akan membuatkan aku menjadi insan pada hari ini pasti aku akan membenarkan sakit yang lebih teruk. Terima kasih ayah, kerana sifat tegas ayah, dan rotan ayah tu,anakmu hari ini lebih tabah dalam menghadapi kesakitan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang.
Semoga rotan itu menjadi saksi dihadapan Allah S.W.T bahawa ayah telah menunaikan tanggungjawab serta perintah amanah Tuhan sebagai seorang ayah yang terbaik terhadap anak. Ayah, kamu yang terbaik, aku tak mampu untuk membalas setiap jasa pengorbanan ayah tu. Aku hanya mampu dengan sedikit ungkapan doa untuk ayah. Dan aku hanya mampu menjaga akhlakku agar nama ayah tidak dipandang hina. Aku berjanji dengan amalanku dan berharap kita akan bertemu di SANA nanti.
TERIMA KASIH AYAH
-rindu detik itu -
HARGAILAH JASA PENGORBANAN AYAH DAN IBU KITA, KERANA TANPA MEREKA SIAPA KITA HARI INI.SENTIASA BERDOA KEPADA MEREKA.
........شكرالك.........
>nantikan kisah seterusnya>>>
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*