السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tangisan,keluhan,patah semangat seringkali terjadi bagi kita yang menanggung beban hidup.Sehinggakan hilang pertimbangan dan jati diri,seolah-olah kehidupan ini suatu penderitaan.Ketika ini,tiada lagi teman yang menghampiri kita,apatah lagi untuk membantu.Hidup seringkali dalam kesunyian,diberlenggu dengan hutang-hutang,tiada senyum tawa lagi yang mampu dimiliki.Semakin hari,hati mula merasakan kekosongan,fikiran hilang penilaian,tiada lagi tempat untuk mengadu,hanya tangisan sebagai teman sejati.
Kemana sahaja kaki melangkah tiada suatu pun yang menyenangkan jiwa.Seringkali mencari-cari dimana kesilapnya,kenapa aku yang dipilih.?Tiada terfikir untuk jadi bergini dan bergitu,Apakah aku tidak layak memiliki itu dan ini?.Bilakah semua ini akan berakhir?.Hanya Allah SWT saja yang mampu menjawab.
Firman Allah SWT :
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya .”
( QS.2 : 286 )
Nabi SAW bersabda :
“ Dan jauhilah olehmu ucapan ‘Seandainya…’kerana sesungguhnya ungkapan ‘Seandainya…’membuka peluang masuknya syaitan.”
( HR.Ibnu Majah )
Kadang….ada saat ,dimana aku harus menghadapi semua dengan sendiri.Meski hati menangis,tak ada pilihan lain selain TEGAR.Keadaan memaksaku,harus KUAT meski sebenarnya ku tak mampu.
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah.”
( HR.Muslim )
Jika semua ini tetap terjadi,hendaklah dia berkata “ Cukuplah Allah bagiku “ kerana jika dia mengatakan “ Cukuplah Allah bagiku “, setelah berusaha melakukan kesemua penyebab-penyebabnya ( perkara-perkara yang membuatkan sesuatu itu berlaku ),dia termasuk orang yang terpuji.
Setiap apa yang telah Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya.Mungkin kita inginkan kesenangan,tapi Allah anugerahkan Kesabaran.