Bab 1 : Kisah Aku Anak Kampung
Aku seorang anak kampung, lahir dan dibesarkan juga di kampung. Aku tak kenal erti kemewahan, sewaktu kecil aku tak tahu apa itu pizza, KFC, McDonalds kerna aku tak pernah disajikan dengan semua tu. Aku juga tak tahu apa itu roller coaster, krena aku tiada peluang untuk mengenalnya. Aku juga tak tahu apa itu, play station kerna di rumah aku tiada semua ni. Hanya kadangkala diberi peluang menonton TV di rumah jiran ( TV kabinet ). Tapi aku bahagian dan bersyukur punyai seorang ayah yang tabah dan seorang mak yang penyayang.
Ayah aku seorang yang agak tegas, seorang yang tepati masa. Seorang yang pandai dalam perihal al-Quran. Seorang yang boleh di katakan serba tahu dalam belbagai hal. Seorang yang menyayangi setiap barang yang dia miliki. Seorang yang kuat semangat, rajin dan seorang yang tidak suka buang masa tanpa melakukan sesuatu. Seorang yang tidak suka melepak dan berborak di kedai kopi. Aku bangga menjadi anaknya. Dia yang terbaik dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah..
Mak aku seorang yang lemah lembut, kuat membebel. Seorang yang lebih suka menangis kerna sikap anak-anak daripada bertindak. Seorang yang suka memasak, menjahit. Seorang yang kuat dalam bersabar tidak penah mengeluh dalam segala hal. Seorang yang sangat penyayang. Mak juga seorang yang pandai dalam perihal al-Quran. Syukur kepada yang Maha Esa kerna hadirkan ayah dan mak yang terbaik dalam hidup aku.
Ayah dan mak punyai minat yang sama iaitu bercucuk tanam,menternak binatang ayam itik dan lain-lain. Mereka juga seorang penoreh getah dan bersawah padi.Dalam masa yang sama ayah aku juga punyai pekerjaan tetap dan mak seorang peniaga kuih muih di pasar malam.
Sebenarnya tiada ungkapan atau bandingan untuk aku jelaskan tentang diri ayah mak aku. Bagi aku tiada suatu pun yang mampu untuk di tandingi dan di samakan dengan mereka.
"MEREKA TERBAIK DI ANTARA YANG TERBAIK"
"MEREKA PENYAYANG DI ANTARA YANG PENYAYANG"
"TIADA LAGI PENGGANTI SELEPAS MEREKA"
Peringatan untuk diri:
Hari ini mereka berdua sudah berusia tua, mungkin sudah tiba masanya tanggungjawab menjaga mereka beralih arah kepada anak. Mungkin ketika ini juga mereka memerlukan belai kasih sayang daripada seorang anak sebelum berakhirnya kehidupan.
HARGAILAH JASA MEREKA, BERBAKTILAH KEPADA MEREKA, PERBANYAKANLAH BERDOA KEPADA MEREKA.
......شكرالك.... ..
>nantikan kisah seterusnya>>>
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*