Kenapa nasihat??
Kenapa aku perlu nasihat orang,jawapan aku mudah ja.
"Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
( Al-Asr : 1-3 )
Walaupun aku sedar dalam menyampaikan nasihat,diri sendiri tidak sempurna.Juga dihimpit dengan pelbagai dugaan/ujian diri dibelenggu dengan pelbagai kesedihan dan kegelisahan.Tapi apa hak aku untuk tinggalkan suruhan ni " nasihat ".Tiada alasan untuk kita mengatakan" aku terkecuali" atas sebab diri tak sempurna.Selagi mana kita berpegang pada tali Agama Allah S.W.T,kita layak untuk menyampai nasihat.
Bukan niat untuk mengubah
seseorang,kerana itu diluar kemampuan aku.Hanya Dia " Allah " sahaja yang mampu mengubah sesuatu itu.Kerana tugas mengubah tidak diberikan kepada kita,kita hanya ditugaskan untuk menyampai nasihat yang BENAR.
Cuma sesuatu perkara yang perlu kita ingat,kita buat kerja Allah S.W.T ,Allah S.W.T akan bantu kita.Tiada alasan!!
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
(QS. Adh-Dhaariyat: 56)
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*