SALAH TETAP SALAH
Perkara salah!! kena la cakap salah,takkan nak cakap betul pulak.Takkan nak tengok ja,duduk diam ja,buat hal sendiri ja ?!Ishhhh....
Kena cakap salah juga!! Yang paling utama sekali pada keluarga terdekat,anak isteri,pastu orang luar.Aku tak kisah kalau kau nak benci aku,kau tak nak berkawan dengan aku ataupun kau nak lari jauh daripada aku pun aku tak kisah.
Aku tetap akan ajak kau buat kebaikan dan jauhkan diri kau daripada keburukan.Aku akan terus bersabar.
Sampai bila,berapa lama??
Sampai aku rasa diri ini dah tak mampu lagi bersabar dan berapa lama yang aku mampu tanggung.
Tapi ada masanya aku akan berdiam,itu bermakna aku tidak mampu lagi bersabar dan pada masa ni,kau akan melihat. Aku mula menghilangkan diri dan lebih banyak berdiam diri,mungkin juga pergi tanpa diketahui bukan bermaksud lari untuk memutuskan siratulrahim atau lari daripada menyampaikan nasihat tapi aku tidak lagi mampu menanggung segala kesilapan/kemaksiatan kau. Dan bimbang,mungkin juga aku akan bertindak lebih buruk terhadap kau atas sebab diri ini kehilangan rasa sabar. Dan aku juga tidak mahu diri ini diHina dihadapan Allah S.W.T nanti.Dan didalam diri aku juga,punyai hati yang dianugerah oleh Allah S.W.T yang perlu aku jaga dan kasih. Last kata bye,bye..
Dengan erti kata lain,
Lantak la orang nak marah ka pa!! Tak kisah la siapa pun orang tu.
( Pastikan:Teguran dgn cara berhikmah )
Ooppp...sambung balik dgn tajuk asal tadi
" salah tetap salah "
Alasan kau,
"aku taknak cakap sebab nak jaga hati dia"
Hahaha...tergelak aku dengar ayat cmni,kau lupa ka??
"Ar-ridha bil ma'siyati ma'siyatun"
Redha dengan kemaksiatan adalah maksiat.
Atau kau lupa Firman Allah S.W.T ,
(Surah Ali-Imran, ayat 104)
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٠٤﴾
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Mungkin kurang jelas kot,ni buatkan kau lebih JELAS.
Amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, Nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik.
Apakah kau dan aku sudah berjaya dan punyai sifat sedemikian seperti mana ayat yang terakhir tu..
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Atau ni pun kau lupa?!
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadis Riwayat Muslim)
Ya,Kau nak jaga hati orang kan??
Kalau aku cakap kau pengecut,kau lansung tak berguna,pentingkan diri sendiri,marah tak?
Tentu kau marahkan?
Sebenarnya kau bukan nak jaga hati dia,tapi kau telah rosakan hati dia,kau hitamkan hati dia.Kau lepaskan dia dalam kesesatan!!!
"PATUT PUN KAU DIGELAR PENGECUT!"
Kau lebih sayangkan perasan kau untuk tidak menyakiti hati dia,tapi kau lebih berani melawan SURUHAN ALLAH.
Kau lupa setiap diantara kita akan dipertemukan dihadapan Allah S.W.T untuk menerima Keadilan dan Balasan,samaada baik atau buruk.
Arkkk...malas nak taip panjang-panjang..
Kau fikir la sendiri. Sebab apa yang aku tahu untuk signup account sosial mesti seorang yang cukup umur,tahu menaip,tahu membaca lagi-lagi mesti boleh melihat..