Hanya Iman Yang Mampu Membezakan
Pasangan Dunia/Akhirat,Kaca/Permata.
Pasangan Terbaik kita adalah " Al-Quran dan As-Sunnah" yang lain sekadar hiasan semata-mata.Ada pasangan yang membantu kita masuk ke dalam Syurga dan ada pula yang menarik kita ke dalam Neraka.
Kita Rasa bahagia tapi hakikatnya, cara kita berpasangan jauh dari cara/mengingati Allah S.W.T ,tiada rasa takut/risau walaupun diri masing-masing tak bersolat,seolah-olah bersolat itu suatu perkara biasa.Tidak dinafikan,mungkin ada pasangan yang tidak bersolat bertahun-tahun lamanya.
" BERTAUBATLAH"
Lebih menghairankan lagi bila tiba BULAN RAMADAN ramai pula pasangan yang berusaha untuk mengejakannya dan berusaha penuhkan ibadat puasa selama sebulan.Pada masa yang sama berlumba-lumba mengerjakan Solat Sunat Tarawih dimalam hari,sedangkan solat wajid 5 waktu ditinggalkan.
"MUHASABAH DIRI DIMANA SILAPNYA".
Pasangan yang baik adalah pasangan yang sentiasa saling bantu membantu didalam urusan Dunia dan Akhirat.Sanggup bersusah payah,menangis dan tertawa bersama-sama.Saling ingat mengingati diantara Haram dan Halal, Dosa dan Pahala,Syurga dan Neraka,dan saling menjaga perasan masing-masing.Sentiasa berkata jujur walaupun kesalahan diri sendiri.Sentiasa patut dan terima nasihat yang baik. Sentiasa beringat-ingat bahawa berpasangan itu Anugerah Allah yang perlu dijaga dan dipikul.Apakah harta kemewahan mampu membahagiakan pasangan??
Jawabnya; Ya,mampu.
Tapi persoalannya; Apakah itu semua mampu mendapat KEREDHAAN ALLAH S.W.T ??
Jika cara berpasangan menjauhkan diri daripada suruhan Allah S.W.T .
Apakah berpasangan sekadar menikmatinya hanya didunia??
Berpasangan bukan bererti menyatukan yang berasingan menjadi satu tapi lebih kepada menyempurnakan apa yang kurang.Saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain.Jika salah seorang terjatuh,seorang lagi harus menarik.tapi jika yang terjatuh tidak mahu ditarik apa ertinya berpasangan.Bersabar dan berusahalah menarik biarpun ditolak.Tapi perlu "INGAT" jangan sampai pasangan yang menarik jatuh"maksiat" bersama-sama pasangan yang ingin ditarik.Jika mampu bertahan,
teruskanlah.Jika yang ingin ditarik itu lebih membebankan dan menghilangkan kuatan bagi pihak yang menarik.Putuskanlah jawapan bagi permasalah itu.
"Hilang kemampuan diri "
LEPASKANLAH,kerana pasangan yang terjatuh itu tidak ingin ditarik,dan tidak mahu berusaha agar dirinya tidak terjatuh dan mungkin tidak mengambil tahu bahawa dirinya sedang dipegang erat untuk ditarik,juga tidak pernah meletakkan keyakinan kepada Allah bahawa pasangan yang menarik itu mampu menyelamatkannya " InsyaAllah " dari terjatuh.Serahkan kembali urusan pasangan itu kepada Allah S.W.T.
Andai ini terjadi,jangan pernah menyalahkan pasangan,dan jangan sekali-kali menyalahkan takdir, pandanglah dimana diri ini, apakah diri tetap diatas Tali Allah S.W.T jika " Ya ",berSyukurlah kerana diri masih diberi hidayah-Nya.Masih menerima Kasih Sayang-Nya.Dan teruslah menikmati kehidupan didunia. Namun jika sebaliknya,bertaubatlah kerana Allah S.W.T Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
" Berkasihlah kerana Allah S.W.T kamu pasti berpasangan lagi diSANA "
Cinta yang hakiki hanya untuk Allah S.W.T dan Rasulullah ﷺ .
Orang yang paling dicintai didunia dialah peneman kamu diakhirat.
Nukilan Oleh:
-alkabd-