Korbankan segalanya
Kerana kasih aku korbankan,
Hati terluka aku ubati sendiri
Jatuh rebah aku bangun sendiri
Sunyi hidup aku hiburkan sendiri
Gelap hidup aku terangi sendiri
Terang hilang tiada kembali
Hidup aku tiada bertali
Segala itu ketentuan Illahi
Demi anak aku korbankan
Walau terpaksa lukakan hati
Demi anak aku korbankan
Walau terpaksa hidup sendiri
Demi anak aku korbankan
Walau terpaksa rindu sendiri
Wahai ibu, jangan mengalah
Walau datangnya musibah
Wahai ibu, jagalah amanah
Walau diri sangatlah lemah
Wahai ibu, janganlah lalai
Walau hidup serba mewah
Wahai ibu, dengarkanlah
Kalam terakhir dari ayah
Bersatu keluarga di dalam Jannah
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*