“Angin lembut bersama-sama daun-daunan tua yang kering”
Di suatu masa, kau tidak lagi melihat bayang-bayangan ku,
Anggaplah itu; malam yang tiada purnama.
Di suatu masa, kau tidak lagi mendengar suara ku,
Anggaplah itu; hujan yang tiada titik-titik airnya.
Di suatu masa, kau tidak mengetahui di mana jejak kaki ku,
Anggaplah itu; guruh yang tiada dentumannya.
Di suatu masa, hilang khabar tentang diri ku,
Anggaplah itu; suatu keindahan mimpi yang tiada benarnya.
Di suatu masa, jika kekesalan membelenggu dirimu,
Anggaplah tiada kesalahan dari mu buat diriku untuk selamanya.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*