KEMBALINYA KITA?
Di setiap penjuru kita memandang KeKuasaanNya. Kita kenal siapa PenciptaNya di atas 99 namaNya dan 20 sifat-sifatNya. Lafaz yang telah kita zahirkan dengan lidah,dan kita semadikanNya didalam HATI sebagai tanda KEIMANAN.
Namun kita sebagai manusia,hamba kepada Pencipta yang di berikan syahwat mudah lupa dan lalai. Mula lupa asal tujuan kejadiaan kita,tujuan hidup kita,AmanahNya. Kita lalai mengejar sesuatu yang belum pasti kebenarannya. Kita tinggalkan KEBENARAN yang menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Syahwat yang mendahului Akal membuatkan kita terus leka,dan terlena bahawa dihadapan SEKSAAN sedang menanti kita. Tiada lagi rasa TAKUT dan TAAT sedangkan 70 kali sehari malaikat MAUT datang memerhatikan kita. Seksaan yang jelas telah diberitahu, begitu juga dengan Kebahagiaan. Aturan dan Panduan sudah di perjelaskan.
AL-QURAN sebagai panduan,AL-SUNNAH menjadikan ikutan.Kemana kita di akhir kehidupan jika tidak kembali kepadaNya. Apakah kehidupan 60/70tahun melebihi kebahagian berbanding kehidupan yang tiada lagi kematian.
"Tamat sudah kehidupan yang sementara"
Pada saat ini, kita kenal siapa kita dan dimana kita, tiada lagi tangis rayu kepadaNya hanya menerima tanpa alasan dan pertolongan. Kekallah kita diSINI dimana tempat yang kita sendiri corak dan bentukan ketika kehidupan di dunia dahulu.......abadi.
-alkabd -
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*