Taqwa Zikrullah
Taqwa adalah lambang seorang Muslim sejati yang benar-benar beriman kepada Allah. Di dalam Al-Quran dan hadis, sifat taqwa kerap dikaitkan sebagai antara sifat mukmin yang berjaya dan berbahagia di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman;
( QS.Al-haj: 32 )
Selain itu Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya;
“ Bertaqwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji”
( Riwayat Tirmizi )
Berdasarkan nas itu, dapatlah disimpulkan betapa taqwa adalah sifat yang membawa maksud mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah. Ia tidak dapat dipisahkan sama sekali daripada setiap detik kehidupan seseorang mukmin. Malah,taqwa adalah lambang ketebalan iman dan simbol keteguhan Islam yang terpahat pada hati mukmin.
Iklas dan Sabar
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah SWT;
( QS. Al-Bayyinah : 5 )
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kerjayaan.
Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“ Bahagialah dengan limpah kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri ( berada dalam kumpulan ) tidak dikenali,tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim.
( Riwayat Imam Al-Baihaqi )
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*