Pelajari Asas-asas dalam berdakwah dan jauhi anasir yang menyeleweng.
( soal jawab )
Soalan :
Bagaimana hendak mengambil sikap dalam usaha dakwah ini sedangkan terdapat berbagai fikrah pada masa kini & mudah terdedah kepada anasir yang menyeleweng?
Jawapan Al-Habib :
Asas dalam dakwah ini adalah :
• Memerhatikan diri sendiri & apa jua dalam lingkungan kita.
• Ziarah-menziarahi antara satu sama lain bagi mereka yang mempunyai pengaruh & pengikut.
• Mengadakan musyawarah berkala di antara mereka yang mempunyai pengaruh dalam perihal dakwah.
• Mengadakan dawrah berkaitan perihal dakwah dengan dipilih satu buku/kitab & menjemput mereka yang ahlinya/layak untuk mengetuainya.
• Sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan.
Moga bermanfaat & insyaALLAH kita berusaha menjadi penyebab kepada kebaikan...
....................................................
Sumber,
Fb/Majlis Ta'lim Darul Murtadza
khamis | 10/03/16 | Majlis Multaqa Ulama & Ilmuan Islam bersama Al-Allamah الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Umar.
Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia
www.darulmurtadza.com
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*