Oceanologi-Laut Mediterranean yang mengalir ke Lautan Atlantik
-اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،-
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ﴿١٩﴾
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ ﴿٢٠﴾
"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;"
( Surah Ar-Rahman 55:19-20 )
Kajian terbaru sains terbukti bahawa air Laut Mediterranean yang mengalir ke Lautan Atlantik sebenarnya tidak bersebati di antara keduanya. Kemasinannya berbeza di mana air daripada Laut Mediterranean lebih masin daripada air Lautan Atlantik, biarpun air dari Laut Mediterranean itu mengalir masuk ke Lautan Atlantik dengan kedalaman kira-kira seribu meter dengan kepanasannya tersendiri.Walaupun wujudnya ombak yang besar,currents yang kuat tetapi kedua-duanya jenis air laut ini tidak bercampur.
Dalam Al-Quran Surah Al-Furqaan 25:53;
۞ وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَٰذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَحْجُورًا ﴿٥٣﴾
"Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya."
Mungkin kita akan bertanya mengapa Al-Quran menyebut pembahagian di antara dua laut ini? Untuk ini mungkin bagi membezakan di antara air biasa ( dari sungai ) dengan air laut, di mana adanya satu zon pycnoline yang bercampur menandakan perbezaan di antara dua jenis air ini. Zon ini tiada pada dua jenis air laut tadi. Ini adalah penemuan para ahli sains sekarang, membenarkan apa yang dijelaskan oleh Al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*