Fizik Besi mengandungi kekuatannya secara tersendiri
-اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،-
Al-Quran telah menjelaskan aspek ini lebih daripada 1,400 tahun dahulu lagi. Malah dalam Al-Quran, surah ke-57 yang diturunkan di Madinah ada mengandungi 29 ayat yang mana surah ini dikenali dengan nama Surah Al-Hadid ( Besi ). Surah ini menjelaskan bahawa Allah SWT menciptakan besi dengan keadaannya yang mengandungi kekuatannya secara tersendiri dan ia memberikan pelbagai faedah kepada manusia. Semoga dapat dipergunakannya untuk menegakkan agama Allah SWT serta menolong para rasulnya dan supaya lebih mengenali tentang kekuasaan Allah SWT. Perhatikan sahaja pada Surah Al-Hadid 57:25,
.....وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٢٥﴾
....(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
Apa yang dijelaskan di sini ialah besi itu keras dan kuat. Sekarang terbukti bahawa besi sebenarnya bukanlah asalnya dari planet bumi tetapi dari planet lain. Ini kerana kepanasan cahaya matahari tidak boleh menghasilkan besi. Cahaya matahari pada kadar enam ribu darjah Celsius. Apabila kepanasan terlampau ia meletup dan percikan letupan itu bertaburan memasuki ruang angkasa langit yang mempunyai gravitinya tersendiri dari bumi. Kini kajian sains, terbukti besi bukanlah berasal dari bumi tetapi daripada ruang luaran.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*