Taubikh An-Nafsi ( Teguran Terhadap Nafsu )
" Imam Al-Ghazali"
...." Kalau kamu fikir bahawa usaha yang dibuat pada akhir hayat lebih berhasil,maka bagaimana kamu tahu bahawa itu bukan hari terakhirmu di dunia?
Mengapa kamu tidak berusaha sekarang juga?Adakah Allah S.W.T telah memberi tahu kamu bahawa Dia telah memberikan masa lebih bagi kamu untuk menyelamatkan dirimu?
Tidak ada sebab kecuali bahawa kamu payah membendung keinginan nafsu kamu,maka adakah kamu menunggu hari bila setiap orang akan dimudahkan untuk mengatasi nafsunya?
Sesungguhnya hari tersebut tidak akan mengunjung tiba Allah tidak lansung menciptakannya.
Syurga yang dikelilingi dengan perkara yang dibenci nafsu tidak akan digemari oleh jiwa yang menangguhkan kerja hari ini hingga hari esok.
Tahukah kamu berapa hari esok telah berlalu?
Tidakkah lebih sukar mengerjakan sesuatu yang tidak dapat dikerjakan hari ini?
Contohnya ialah seumpama pokok yang hendak dicabut oleh seseorang,tetapi apabila dia gagal mencabutnya,dia menangguhkan kerja itu hingga esok harinya.
Orang ini tahu bahawa dengan berlalunya masa,pokok ini akan semakin kukuh sedangkan dia menjadi semakin tua dan lemah.Sudah jelas orang ini tidak akan dapat mengerjakan,sewaktu mudanya,apa yang tidak dapat dikerjakannya,sewaktu tuanya.
Sesungguhnya melatih nafsu keinginan sama sukarnya dengan melatih seekor serigala........,
-dipendekan cerita...........
.........wahai Nafsu,kamu kelihatan tidak memahami pengalaman yang biasa ini,tetapi mendakwa diri bijak dan cermat! Sesungguhnya tidak ada yang lebih dungu daripada kamu!
Keinginanmu,kamu kata,tidak mengizinkan kamu tetap di atas kebaikan,sementara kesukaran memaksa kamu meninggalkan kesabaran.Kalau ini benar,mengapa tidak kamu menuntu kebahagian yang abadi,suci dan halus dan ini hanya tercapai di Syurga.
Sekiranya kamu hamba kepada keinginanmu serta gila terhadap keseronokan,tidakkah lebih baik kamu menahan keinginanmu yang sementara itu,kerana terkadang sesuap yang dimakan oleh seseorang menyebabkan dia tidak dapat makan untuk beberapa hari....
-dipendekan cerita-.....
Ada dua sebab:
1.Kekufuran yang tersembunyi dalam dirimu
"Kekurangan keyakinan terhadap Hari Pembalasan."
2.Kebodohan kamu semata-mata
"Jahil mengenai hukum Allah dan mendorong kamu bergantung pada rahmatNya semata-mata.
.....................................................
Sumber : Pendukung Panji-Panji Islam Sepanjang Zaman jilid 1 ,hlm 185-186.
Abu Al-Hasan 'Ali Al-Nadwi