Hadis Sahih Bukhari dan Muslim Larangan Membunuh Kucing
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,"seorang wanita disiksa disebabkan mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan lalu wanita itu pun masuk neraka.Ia tidak memberinya makan dan minum ketika ia mengurungnya dan tidak membiarkannya berkeliaran sehingga dia dapat memakan serangga tanah."
( HR Bukhari dan Muslim )
Imam Nawawi berkata,"Hadith tersebut menjadi dalil diharamkannya membunuh kucing dan mengurungnya tanpa memberi makanan dan minuman.Secara jelas diterangkan bahawa wanita tersebut adalah seorang muslimah dan sebab ia masuk neraka sangat jelas sekali;iaitu lantaran seekor kucing yang dikurungnya dan tidak ia beri makan dan minum hingga mati."
Sumber: Mutiara Hadits Sahih Bukhari dan Muslim
Hadits ke-1446,hlm 975.
#alkabd
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*