Segalanya Berkemungkinan Kerana Allah Maha Mengetahui
Malam siang ku lalui dengan debaran di hati,Pengalaman teman-teman membuat ku rasa bimbang. Di dalam kehidupan Segalanya berkemungkinan.
Firman Allah SWT,maksudnya :
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)”.
(QS. Al An’am:59)
Hari ini aku tahu,ku tak meraguimu kerna telah jadi bukti,Kau setia pada janji Tetapi esok hari, Tak tahu apa 'kan terjadi.
"Seorang tidak mengetahui,apa yang tersembunyi untuknya di antara bermacam-macam kesenangan."
( surah as-Sajdah : 17 )
Ku ingin pertahankan Sebuah kejujuran,Ingin ku bersamamu
Ke akhir hayatku
Namun ku tak berani berjanji dengan pasti,Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan
Jangan kau salah mengerti dengan pengakuan ini,Usah disalah tafsirkan bukan ku tak sayang
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga selain pengasih."
Mereka bertanya,"Ya Rasulullah,tiap-tiap kami pengasih."
Rasulullah s.a.w.bersabda :
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sendiri saja.Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."
Ku mahu kau menginsafi dengan kehidupan ini
Segala berkemungkinan itu terjadi.
Fahamilah bahawa,
"Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada-Nya."
(surah al-Baiyyinah : 8 )
"Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan juga."
( surah ar-Rahman : 60 )
Puncak segala kebaikan adalah redha Allah kepada hamba-Nya.
' Dan beberapa tempat yang indah dalam Syurga And…."
( surah at-Taubat : 72 )
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*