Jika melihat orang tua tidak beribadat, jangan katakan dia jahat.
Tapi lihat pada diri sendiri dan katakan pada diri, mungkin dia lebih banyak beramal dan beribadat dimasa mudanya berbanding diri aku kerana dia lebih awal hidup daripada aku, mungkin juga segala yang dia lakukan dulu lebih diredhai Allah S.W.T berbanding aku.
Jika melihat orang lebih muda daripada kita tidak beribadat jangan katakan dia jahat.
Tapi lihat pada diri sendiri dan katakan pada diri sendiri mungkin aku lebih banyak dosa daripadanya kerana aku sudah lama hidup dan mungkin hari tuanya lebih baik daripada aku.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*