Bukan masalahnya boleh atau tak boleh kita nak rebut nikmat dunia. Kalau nak kumpul banyak mana pun, kumpul la..selagi perkara itu baik dan tak bersimpang daripada syariat Islam. Memang nikmat tu Allah swt beri untuk kita malahan ia juga sebagai ujian dalam kehidupan di dunia.
Kumpul la...Rebut la...Nikmati la..tak jadi kesalahan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
( QS2:208 )
Tapi masalahnya kita suka lupa pada kehidupan akhirat. Hari keadilan, hari kebangkitan, dimana disitu adanya syurga dan neraka yang membezakan golongan kanan dan golongan kiri. Adakalanya kita lebihkan dunia semata-mata kerana nikmat yang sementara itu. Kita leka dengan nikmat-nikmat yang kita miliki. Terasa senang, bahagia, selamat dalam tipu daya (ujian) kehidupan di dunia.
Disitu la masalah kita, salah kita, lalainya kita, berdosanya kita.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah
( QS 2:214 )
Sungguh!! kita lebih terjaga dari lena kerana berkerja lewat terus bergegas bangun,berlumba-lumba ke tempat kerja ( serius) berbanding azan subuh ( sambil lewa) .
Hakikatnya sedikit yang mencukupi itu sudah mampu buatkan diri kita tersenyum 'hakikat syukur' bila sesuatu yang kita miliki tu sentiasa berkait rapat denganNya. KeRedhaanNya yang perlu kita cari kerana disitu akan menentukan tempat kita di kehidupan akhirat sebagai seorang yang bertakwa. Sentiasa ingatkan pada diri bahawa Allah swt sentiasa melihat dalam setiap tingkahlaku kita.
. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
( QS 67:2 )
Tiada suatu tingkahlaku yang akan terlepas pada catatanNya.
Tiada pujuk rayu bila tingkahlaku kita di hadapkan dihadapNya.
Tiada belas kasih azab siksa api nerakaNya.
Tiada bernilai segala harta kita di sisiNya.
Tiada siapa yang mampu menolong tanpa ada izin daripadaNya.
Tiada yang berhak,
Tiada selainnya..,
Hanya Allah swt yang mentakbir segala sesuatu.
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ
" Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya."
( QS3:2 )
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*