Solat Berjemaah
Sepertimana yang telah diterangkan di dalam kitab-kitab.Banyak yang kita ketahui tentang kelebihan-kelebihan Solat Berjemaah dengan janji pahala yang besar.Tepuk dada tanya la IMAN,berapa kali sehari kita Solat Berjemaah,berapa kali seminggu dan berapa kali pula dalam setahun.Ramai yang bersolat tetapi tidak mengambil berat tentang solat berjemaah.
Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a meriyawatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Sesungguhnya solat berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian “
( HR Malik,Bukhari,Muslim,Tirmizi dan Nasa’i )
Ada yang bertanggapan bahawa solat berjemaah sesuatu perkara yang sukar dan melambatkan dalam mendirikan solat berbanding solat bersendirian.Kesibukkan dalam bekerja,perniagaan dan lain-lain urusan akan mendatangkan kerugian jika ditinggalkan.
Sebaliknya keyakinan dalam hati kepada Allah SWT serta yakin dengan janji-janji-Nya,ganjaran dan pahala daripada Allah SWT adalah sesuatu perkara yang paling bernilai.Maka halangan tidak lagi menjadi alasan untuk tidak solat berjemaah.
“ Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah SWT dan mendirikan solat…”
( an-Nur : 37 )
Sayyidina Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“ Seseorang yang bersolat secara berjemaah akan digandakan pahalanya sebanyak 25 kali lebih daripada orang yang bersolat bersendirian di rumah atau di kedai.Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan menyebabkan darjatnya ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa.Jika dia terus duduk di dalam masjid ( dalam keadaan berwuduk ) setelah bersolat maka para malaikat akan terus menerus memohon rahmat dan keampunan untuknya.Dia akan terus menerus mendapat pahala bersolat selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya.”
( HR Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi, dan Ibnu Majah )
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*