Rahsia Allah S.W.T
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُون
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munaafiqoon 63:11)
|
Ajalku Rahsia Allah |
Sebelum terbongkarnya rahsia Allah S.W.T,ketika itu juga kamu akan mengetahui "Ajalku".Ku Mohon ampun dan maaf jika terguris hati,terluka diri,kata-kata nan keji,maki caci yang tak berasas samaada zahir batin.Kerana ku sedar sesuatu yang paling hampir dengan kita adalah kematian dan sesuatu yang jauh adalah perkara yang berlalu.Kerana ku tidak mahu mati dengan berselimutkan dosa dibadan ketika mana ajalku pada kedua kalinya.
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِنْدَهُ ۖ ثُمَّ أَنْتُمْ تَمْتَرُونَ
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
(An-An'aa:2)
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
Al-A'raaf : 34
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*