Malaikat Jibril a.s bercakap dengan Rasulullah ﷺ dalam rupa lelaki.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a., dia berkata :
" Pernah aku bersama Rasulullah ﷺ tiba-tiba datanglah seorang yang sangat putih wajahnya,indah rambutnya dan berpakaian serba putih sambil mengucapkan,Assalamu'alaikum,ya Rasulullah,apakah dunia ini?"
"Seperti mimpi orang tidur," Jawab Rasulullah ﷺ
"Dan apa akhirat itu? Tanyanya pula.
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka."
Dia bertanya lagi,"Lalu,apa syurga itu?"
"Ganti dunia bagi orang yang meninggalkannya,kerana harga syurga itu adalah meninggalkan dunia,"
"Lalu,apa Jahannam itu?"
"Ganti dunia bagi orang yang mengejarnya."
"Siapakah yang terbaik dari umat ini?"
"Orang yang taat pada Allah Ta'ala."
"Bagaimanakah semestinya seseorang di dunia ini?"
"Bersiap sedia seperti orang yang mencari sebuah kafilah ( rombongan )."
"Berapa lamakah tinggal di dunia ini.?"
"Sepanjang orang yang tertinggal dari kafilah."
"Jadi,beroa lamakah jarak antara dunia ini dengan akhirat?"
"Sekelip mata,"jawab Rasulullah ﷺ
Kata Jabir, "Maka,lelaki itu pun pergi,lalu kami tidak melihatnya lagi. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda,"Inilah Jibrail.Dia datang kepada kamu semua untuk mengajak kamu semua bersikap zuhud pada dunia dan mencintai akhirat."
( Al-Hadis )
#alkabd