7 Lapisan Langit ( Angkasa )
Mengikut kajian dan penemuan terkini para ahli sains angkasa, bahawa angkasa ini mempunyai tujuh lapis dalam situasi sepertimana berikut:
"Atap Yang Terpelihara ”
وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ ﴿٣٢﴾
"Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya."
( Surah Al-Anbiya 21 : 32 )
Pada abad ke-20, kajian membuktikan:
Asmosfera di sekeliling bumi dapat menyelamatkan dengan memusnahkan meteors kecil atau besar apabila mendekati bumi.
Menapis pancaran sinaran matahari ke bumi. Didapati hanya cahaya yang tidak membahayakan dan berguna untuk kehidupan di bumi seperti untuk fotosintesis pokok-pokok dan lain-lain. Penapisan oleh lapisan ozon melingkumi bumi.
‘ Langit Yang Mengembalikan ’
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ ﴿١١﴾
"Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan,"
( Surah At-Tariq 86:11 )
Hanya pada abad ke-20, barulah ahli sains menemui kaitannya di antara wap,awan dan hujan dari bumi, naik ke udara dan turun ke bumi jadi hujan. Kajian baru ahli-ahli sains juga terbukti sepertimana berikut:
- Lapisan Troposfera : 13-15 kilometer dari bumi - kepanasan menjadikan wap dan menukarkannya menjadi hujan.
- Lapisan ozon : pada ketinggian 25 km - radiasi yang merosakkan dan cahaya ultraviolet yang datang dari ruang atas dikembalikan semula ke atas.
- Lapisan ionosfera : yang seperti gelombang radio menyebar rata daripada bumi diturunkan semula ke beberapa tempat di bumi. Dengan ini, boleh berkomunikasi seperti radio, TV dan lain-lain.
- Lapisan magnetosfera : mengembalikan habuk-habuk radioaktif dari matahari dan bintang balik ke ruang angkasa sebelum sampai ke bumi.
‘ Lapisan Atmosfera ‘
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿٢٩﴾
"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
( Surah Al-Baqarah 2:29 )
فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا ۚ وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿١٢﴾
"Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui."
( Surah Fussilat 41:12 )
Kajian sains kini terbukti bahawa lapisan atmosfera bumi ( langit ) mempunyai tujuh lapis, Ia mempunyai kandungan fizikalnya jenis gas yang berbeza sepertimana berikut:
- Troposfera
- Tropopause
- Stratosfera
- Stratopause
- Mesosfera
- Mesopause
- Thermosphere
Bahagian akhir atmosfera bumi ini ( Exosfera ) adalah di antara 480-960 km. Al-Quran telah diturunkan melalui Jibrail ke Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis itu; telah menjelaskan sejak kira-kira 1,400 tahun dahulu.