Jalan Mencapai Sifat Taqwa
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
“Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Hasyr: 18)
Umar Al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang TAQWA.
Ubai menjawab “Bukankah anda pernah melewati jalan yang penuh duri?”
Jawab Umar”Ya”.
“Apa yang anda lakukan saat ini?”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati”.
“Itulah TAQWA”
Melalui dialog di atas,Sayyid Qutub berkata dalam tafsir Fil Zhilalil Qur’an.”itulah taqwa,kepekaan batin,kelembutan perasaan,rasa takut terus menerus,selalu berwaspada dan hati-hati jangan sampai kene duri jalanan…jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan & syahwat,kerakusan dan angan-angan,kekhuatiran dan keraguan,harapan salah atas segala sesuatu yang tidak boleh diharapkan.Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak pantas untuk ditakuti…dan masih banyak duri-duri yang lainnya”.
JALAN MENCAPAI SIFAT TAQWA
MU’AHADAH (mengingati perjanjian) :
Memberi komitmen terhadap janji kita terhadap Allah.apa dia?sebagaimana dalam surah al-fatihah ayat 5 yang bermaksud “Kepada DIKAU kami menyembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan” dan di dalam takbirratur ihram antara janji kita,“sesungguhnya solatku,amal ibadahku,hidupku,matiku kerana Allah TUHAN sekalian alam”.sentiasa ingat janji kita ini supaya kita sedar bahawa tujuan kita adalah DIA!
MUROQABAH (merasakan kehadiran Allah) :
“ Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya,dan jika memang kamu tidak melihatnya,maka sesungguhnya Allah melihat kamu (Al-hadis). Bila melakukan sesuatu,atau berlaku sesuatu yang baik atau tidak…pastikan Allah yang kita rasakan dalam hati kita.InsyaAllah keikhlasan akan kita perolehi,keredhaan dan kesabaran daripada Allah akan kita rasai bila sesuatu musibah menimpa diri.Allah…Allah…Allah…!
MUHASABAH (koreksi diri) :
Sentiasa koreksi diri kita,sama ada yang kita lakukan selama ini,sepanjang seharian ini dan sebagainya…kita buat atas sebab apa?redha Allah atau redha manusia?mendekatkan diri kita padaNYA atau mengudang amarahNYA ! membuat suruhanNYA dan tinggalakn laranganNYA atau amar munkar nahi ma’ruf?
MU’AQOBAH (denda diri) :
Orang yang ini mencapai tahap taqwa,dia akan sanggup mendenda dirinya atas ibadah yang dia tertinggal buat ataupun maksiat yang dia lakukan supaya dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu berulang kali.Diasentiasa ingin jadi lebih baik daripada sebelumnya.Ketika Abu Talhah sedang solat,di depannya lalu seekor burung ,lalu beliau leka sehingga lupa rakaat ke berapa solatnya.kerana hal itu,beliau menyedekahkan kebunnya kepada fakir miskin sebagai balasan terhadap kelalaiaannya.Dendalah mengikut kemampuan diri kita,contohnya jika tak bangun solat malam,didenda diri kita supaya berpuasa 3 hari.
MUJAHADAH (bersungguh-sungguh) :
Allah…inilah yang paling sukar.Mudah menyebut,tapi aplikasinya dalam kehidupan?fuhhh…mujahadah,bersungguh-bersungguh dalam melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan perkara perkara yang dilarangNYA.Karz bin Wabrah selalu mengkhatamkan Al-Quran 3 kali sehari.SubhanaAllah mujahadahnya beliau dalam beribadah…aku?baru cerita pasal baca Quran,tak lagi ulang Quran, Allah…MUJAHADAH ITU PAYAH SANGAT…TAPI NILAINNYA DAN HASILNYA INDAH SANGAT DUHAI DIRI! “Dan orang-orang yang berjihad(bersungguh-sungguh mencari keredhaan)Kami,kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik! (Al-Ankabut 29:69)
Sumber : facebook/Hairul Nizam Ijam/Dakwah Al-Mustaqim