Hikmah Sebalik Musibah; Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Hikmah Sebalik Musibah; "Mengapa Rasulullah ﷺ, sentiasa berpesan kepada para sahabat yang miskin, yang susah dan sering kelaparan. Supaya sentiasa sabar, dan berfikir perihal apa yang positif, disebalik musibah yang menimpa?, jawapannya, adalah Nabi mengingatkan mereka bahwa didalam setiap ujian diatas dunia ini. Pasti ada, ganjaran yang cukup besar menanti mereka diakhirat sana."
"Hanya sahaja, kamu perlu bersabar dan berbaik sangka, kepada Allah سبحانه وتعالى. Rasulullah ﷺ pernah memberitahu para sahabat yang diuji dengan dugaan itu. Rasulullah ﷺ mengatakan; "Jika kamu tahu apa yang Allah سبحانه وتعالى sediakan diakhirat nanti, disebalik kesusahan yang kamu tanggung diatas dunia ini."
"Pasti kamu tidak akan meminta untuk dipulihkan daripada keadaan ini. Pasti kamu tidak akan meminta untuk hidup senang dan selesa. Kehidupan diatas dunia ini adalah ujian. Begitulah analogi kehidupan diatas dunia ini. Sekiranya kamu melihat, ujian yang menimpa diri kamu didunia, tidaklah terlalu besar dan berat."
"Jika, nak dibandingkan dengan balasan dan ganjaran pahala yang disediakn oleh Allah سبحانه وتعالى diakhirat sana. Maka, syaratnya itu kita hanya perlu bersabar, dan selalu berbaik sangka kepada Allah سبحانه وتعالى. Kelak, ketika segalanya telah terzahir pahala dan juga dosa diakhirat nanti. Pasti kita akan berkata; "Andai, jikalau aku diuji dengan ujian yang lebih banyak diatas dunia dahulu."
"Makanya, bersyukurlah kamu sekiranya diri kamu masih diuji Allah سبحانه وتعالى. Anggap saja ujian itu, sebagai umpan bagi memancing rahmat yang besar diakhirat sana. Rahmat yang tak terkira dan terhitung besar nikmatnya. Percayalah, Allah سبحانه وتعالى tidak memberati seseorang itu, melainkan apa yang terdaya untuk dirinya memikulnya."
"Anggap saja, ujian itu kecil dan senyumlah memghadapinya. Yakinlah, Allah سبحانه وتعالى memerhatikan kamu disetiap ujian. Sekiranya manusia dapat melihat, apa yang Allah سبحانه وتعالى sediakan kelak, pasti mereka akan meminta kepada Allah supaya ujiannya itu ditimpakan terus-menerus keattas mereka.
"Andai saja, ujian ini berjaya dihadapi. Maka ia dapat mengangkat martabat seseorang untuk berada lebih tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى. Jadi, bersyukurlah keatas ujian yang ditimpakan keatas kamu."
"Ini bermakna, Allah سبحانه وتعالى sedang menguji kamu, dengan melihat kesabaran kamu. Makanya, kuatkan hati kamu. Buktikan kepada Allah سبحانه وتعالى, bahawa kamu adalah seorang hamba yang kuat. Dan Allah, mencintai hamba-Nya yang kuat."
...............................
Sumber :Raudhatul Muhibbin
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.