Daya Ingatan 'Ulama' Muhaddithin
( Imam Al-Bukhari )
Apabila Imam Al-Bukhari tiba di Baghdad, para ulama di situ memikirkan satu cara untuk menguji daya ingatannya. Mereka memilih sepuluh ulama, setiap seorang darinya diberi sepuluh Hadis serta disuruh menyampaikan Hadis tersebut kepada Imam Al-Bukhari sesudah mereka menukarkan sanad setiap Hadis kepada matan Hadis yang lain.
Setiap seorang diantara mereka 'ulama' itu,membacakan Hadis yang ditentukan dan meminta Imam Al-Bukhari memberikan pendapatnya tentang kesahihan Hadis tersebut. Imam Al-Bukhari menjawab bahawa beliau tidak mengetahui Hadis-Hadis yang dibacakan itu. Mereka yang faham dapat menangkap maksud jawapan Imam Al-Bukhari, sedangkan yang lain tersenyum kepada beliau. Sesudah setiap seorang telah membaca Hadisnya, Imam Al-Bukhari menghadap orang pertama dengan mengulangi semua Hadis-Hadis yang dibacakan tadi berserta dengan sanadnya yang sebenar.
Kemudian beliau menghadap ulama yang lain pula dan mengulangi hadis-hadisnya satu persatu. Semua orang terpegun dengan kepintaran dan kekuatan daya ingatannya.
*TERIMA KASIH KERANA MEMBACA*