Himpunan Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari
Akhir zaman " kiamat "
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ وَيُلْقَى الشُّحُّ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ قَالَ الْقَتْلُ الْقَتْل
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda (tentang tanda-tanda kiamat):
"Zaman terasa pantas berlalu, amal soleh berkurang, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) menjadi terang-terangan, dan banyaknya al-haraj."
Para sahabat bertanya; "Ya Rasulullah, apa maksud istilah al-haraj?"
Nabi menjawab "Pembunuhan, pembunuhan."
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Azab Allah S.W.T
عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِقَوْمٍ عَذَابًا أَصَابَ الْعَذَابُ مَنْ كَانَ فِيهِمْ ثُمَّ بُعِثُوا عَلَى أَعْمَالِهِمْ
عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنْزَلَ اللَّهُ بِقَوْمٍ عَذَابًا أَصَابَ الْعَذَابُ مَنْ كَانَ فِيهِمْ ثُمَّ بُعِثُوا عَلَى أَعْمَالِهِمْ
Daripada Az Zuhri, telah mengkhabarkan kepada kami Hamzah bin Abdullah bin Umar, ia mendengar Ibnu Umar r.a mengatakan, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika Allah menurunkan azab ke atas sesuatu kaum, maka azab itu akan mengenai siapa saja yang berada ditengah-tengah mereka, kemudian mereka dibangkitkan sesuai dengan amalan mereka"
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Dirikan Solat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
"Sungguh aku bertekad untuk memerintahkan solat agar ditegakkan, lalu akan aku datangi rumah-rumah orang-orang yang tidak menghadiri solat (tanpa keuzuran), maka aku akan bakar rumah-rumah mereka".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Baginda sukakan Manisan
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ الْحَلْوَاءَ وَالْعَسَلَ
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata; "Rasulullah s.a.w menyukai manisan dan madu."
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Menolong orang dari berbuat zalim
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi". Para sahabat r.a bertanya: "Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi, tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?" Baginda bersabda: "Pegang tangannya (iaitu tahannya dengan tangan/perbuatan supaya tidak berbuat zalim)"
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Dua ayat terakhir al-Baqarah
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Daripada Abu Mas'ud r.a, beliau berkata; Nabi s.w.t bersabda:
"Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah pada suatu malam, niscaya kedua ayat itu memadai baginya (seperti qiamullail di malam itu)."
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Sabar ( musibah )
عَنْ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى
Daripada Tsabit, beliau berkata; Aku mendengar Anas r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:
"Sesungguhnya sabar itu pada saat pertama (datang musibah) ".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Mengucapkan salam
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Daripada Abdullah bin 'Amru r.a, ada seseorang bertanya Nabi s.a.w; "Yang manakah (di dalam) Islam yang paling baik?" Nabi s.a.w menjawab:
"Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenali dan orang yang tidak kamu kenali".
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
(Surah Al-Ikhlas), nilainya adalah sepertiga Al-Quran
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
Daripada Abu Sa'id Al Khudri r.a, beliau berkata, Nabi s.a.w bersabda kepada para sahabatnya:
"Apakah salah seorang daripada kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga (1/3) daripada Al-Quran pada satu malam?" Dan ternyata para sahabat merasa kesulitan dengannya seraya berkata: "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?"
Maka baginda s.a.w pun bersabda: "Allah Al-Waahid As-Shamad (iaitu surah Al-Ikhlas), nilainya adalah sepertiga Al-Quran."
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
..............................................
Manfaatkan masa
"وكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ"
Ibnu Umar berkata:
"Bila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu."
( Hadis Riwayat Al-Bukhari )